Thursday, December 9, 2021

121. 79 juta dijangkiti, 2.69 juta mati

Secara Rawak

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 121.79 juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah 2.69 juta manakala lebih 98.19 juta telah sembuh.

Data Worldometers setakat pagi Khamis menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 121,799,814 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30 juta kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 550,574 termasuk 1,207 kes terbaharu kes sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak 11, 700,431 kes dengan 285,136 kematian, manakala India lebih 11.47 juta kes dengan 159, kematian.

United Kingdom dan Russia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol dan Itali melebihi tiga juta.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 125,690 dan 103,001 kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru