Tuesday, September 27, 2022

Tiru idea ini, guna lampu suluh mudahkan penghantar cari lokasi rumah

Secara Rawak

NEW YORK: Seorang lelaki muncul dengan idea inovatif membantu penghantar makanan mencari lokasi rumahnya.

Dia menggunakan lampu suluh yang dipancarkan ke langit sehingga pemandu penghantaran UberEats dapat melihat dan mengikutinya untuk sampai ke destinasi.

Lelaki itu memuat naik foto pancaran lampu suluh itu di Twitter dengan ciapan berbunyi: “UberEats tidak dapat mencari lokasi rumah saya. Tengok ke arah langit, ikut cahaya lampu tersebut,” tulis lelaki itu.

Penghantar makanan yang dikenali sebagai Reginald segera mendongak ke langit dan terus menjawab: ”Ya …saya dapat lihat cahaya itu.”

Menurut ARY news, pancaran lampu suluh itu serupa dengan “Isyarat Kelawar” yang digunakan oleh Batman dalam filem dan kartun adiwira tersebut.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru