JAKARTA: Dedy terpaksa meninggalkan jenazah isterinya, Indah Kusaeni, 30, untuk sementara di bilik sewa di Kota Mojokerto, kerana mencuba mencari ambulans dan pinjaman untuk biaya pengebumian.

Damayanti, tetangga bilik sewa Dedy  seperti dipetik Kompas berkata, Indah ditemukan sudah meninggal dunia oleh Dedy ketika pulang bekerja pada  Ahad.

Indah meninggal akibat penyakit kelenjar getah bening yang sudah diderita sejak lama.

“Meninggal sejak kelmarin, tetapi jenazahnya sampai hari ini masih berada di dalam  bilik sewa dalam  keadaan sudah dimandikan dan dikafan,” jelas Damayanti.

Kata Damayanti, jasad Indah tidak dapat dikebumikan lantaran menunggu Dedy yang sibuk mencari ambulans.