WASHINGTON: Seorang lelaki berusia 50 tahun diserang anak buahnya menggunakan pisau dapur selepas gagal cuba mencuri kata laluan Netflix milik pakciknya.

Menurut lelaki tersebut anak buahnya cuba mencuri kata laluan tersebut ketika dia tidur.

Menurut jurucakap Netflix, syarikat itu memperkenalkan dan menguji satu ciri baharu yang dapat membantu mereka menghentikan perkongsian kata laluan melalui pemberitahuan yang meminta pengguna mengesahkan kebenaran menonton di akaun milik sendiri.

Syarat perkhidmatan syarikat menegaskan bahawa akaun “tidak boleh dikongsi dengan individu lain di luar rumah,”
menurut Ary news.

Selepas perbuatannya disedari pakciknya, anak buahnya menjadi berang dan terus mengambil sebilah pisau dan menggores hidung pakciknya.

Pakciknya dibawa ke hospital untuk diberi rawatan, manakala anak buahnya melarikan diri sebelum polis tiba.