TOKYO: Majlis Pendidikan Kota di Prefektur Chiba, Jepun mengenakan tindakan displin terhadap sejumlah pekerjanya kerana meninggalkan pejabat 2 minit lebih awal dari waktu pejabat yang ditetapkan.

Menurut Okezone.news, dari Mei 2019 hingga Januari 2021, pihak pertadbiran menemui 316 kes membabitkan pekerjanya yang pulang dalam tempoh masa lebih awal daripada waktu pejabat.

Apabila ditanya mengapa mereka pulang lebih awal sebelum selesai waktu kerja, alasan yang diberikan mereka terpaksa mengejar bas.

Jika ketinggalan bus pada 4.13 petang, bas berikutnya hanya akan tiba 30 minit kemudian, pada 4:45, justeru mereka terpaksa meninggalkan pejabat lebih awal dari waktu yang dijadualkan iaitu 4:15.

Pengurus yang sepatutnya bertanggungjawab memastikan pekerjanya mematuhi peraturan syarikat, tetapi sebaliknya dia yang mengambil inisiatif pulang lebih awal dikenakan hukuman yang berat iaitu pemotongan gaji 10 peratus.

Dalam pada itu, dua pekerja lelaki yang berulang kali melakukan perkara yang sama dan seorang pekerja wanita berusia 60 tahun pula diberikan memo amaran.

Manakala empat staf lain diberi peringatan tegas.