ABERDEENSHIRE: Seorang lelaki menerima kejutan apabila terlihat kapal berlayar di udara.

Insiden ini berlaku di Aberdeenshire, Scotland dan menurut Mirror, ilusi ini dilihat oleh Colin McCallum, pegawai perubatan ketika dia melawat Banff, Aberdeenshire.

Terkejut melihat fenomena ini, Colin merakamnya sehingga kapal itu hilang dari pandangan.

Klip video dan foto tersebut dimuat naik di Facebooknya mengundang kehairanan netizen.

Menurut pakar, “kapal terapung” itu muncul di langit kerana ilusi optik.

Disebabkan warna laut dan langit yang serupa, kapal itu kelihatan berada sepeti di antara awan.

Yang membuatnya lebih menarik ialah bahagian bawah kapal tidak dapat dilihat sehingga sukar membezakan zon air berakhir dan langit biru jernih bermula.