Friday, August 19, 2022

Abang Johari: Kerajaan Sarawak sentiasa iktiraf peranan wanita

Secara Rawak

KUCHING: Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata, Kerajaan Sarawak  sentiasa mengiktiraf  golongan wanita sebagaimana terbukti daripada daar-dasar yang digubalnya untuk golongan terbabit.

Menurut beliau, peranan wanita penting ke arah memajukan negeri Sarawak termasuk dalam mentransformasi ekonomi ke arah ekonomi digital.

Hal ini jelas beliau,  adalah kerana digitalisasi tidak hanya membabitkan golongan lelaki, tetapi juga wanita di negeri ini.

“Saya yakin Jabatan Wanita bersama-sama agensi dan ertubuhan bukan kerajaan lain, merangka dasar yang memberi peluang kepada wanita serta lelaki,”  tegasnya ketika berucap merasmikan sambutan Hari Wanita Antarabangsa 2021 Sarawak di Wisma Bapa Malaysia di sini, hari ini.

Tema perayaan kali ini  ialah Wanita Bangkit Mendepani Cabaran.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru