Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 121.21  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah  2.68  juta manakala lebih 97.76 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Rabu menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 121,217,372 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30 juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 549,253, termasuk 1,134 kes terbaharu kes sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti Brazil sebanyak   11, 609,601 kes dengan  159,079  kematian, manakala India lebih 11.43 juta kes dengan  159,079 kematian.

United Kingdom dan Russia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol  dan Itali melebihi tiga juta.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan  125,690  dan 103,001 kematian.