Tuesday, May 11, 2021

Squad Kasih Sayang Wanita PBB Kampung Belingan santuni warga emas di Saribas

Mesti baca

SARIBAS: Squad Kasih Sayang Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Kampung Belingan meneruskan usaha murni menyantuni warga emas di Saribas.

Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Saribas Mohammad Razi Sitam, program Squad Kasih Sayang tersebut digiatkan sejak dari tahun lepas dengan memfokuskan usaha membantu golongan warga emas dengan memberikan sumbangan seperti kerusi roda.

Tambahnya juga, mereka telah membuktikan komitmen yang tinggi dalam menjalankan tugas khususnya di DUN Saribas.

Beliau berkata demikian ketika mewakili Squad Kasih Sayang Wanita PBB Kampung Belingian menyerahkan bantuan kerusi roda kepada tiga orang penerima di Kampung Belingian di Kampung Hulu dan Kampung Hilir Belingian, Saribas, pada Ahad.

Penerima bantuan kerusi roda adalah Akil Nani yang berusia 90 tahun, Tubam Matsah (90) dan Mastiah Aben (89).

Turut hadir Pegawai Daerah Betong, Sofhi Jebal, Pengerusi PBB Kampung Belingan, Safri Daut dan Ketua Wanita PBB Kampung Belingan, Hasanah Seman. 

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru