Tuesday, May 11, 2021

Pengurus kuari maut kenderaan bertembung motolori

Mesti baca

PADAWAN: Seorang pengurus kuari maut selepas kenderaan pacuan empat roda dipandunya bertembung dengan sebuah motolori Hino di Jalan Batu Kitang berhampiran Kampung Bumbok, di sini pagi tadi.

Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Sarawak Superintendan Alexson Naga Chabu berkata mangsa dikenali sebagai Lai Chung Tai, 77, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam kemalangan jalan raya yang dilaporkan berlaku sekitar jam 9.50 pagi.

“Kemalangan berlaku apabila kenderaan dipandu mangsa memandu dari arah Kota Sentosa menghala ke Bau di dalam proses memotong kenderaan di hadapannya telah memasuki laluan bertentangan lalu melanggar bahagian hadapan sebelah kanan motolori.

“Akibat daripada pertembungan itu, mangsa yang mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kepala disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh paramedik Hospital Umum Sarawak (HUS),” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru