Tuesday, May 11, 2021

Nyawa melayang kerana roti

Mesti baca

BIHAR: Dalam insiden yang tidak disangka-sangka, dua beradik yang menjalankan perniagaan roti ditembak selepas berlaku pergaduhan membabitkan harga roti samosa.

Kejadian berlaku di Karakat Bihar, menyaksikan dua beradik ditembak dua lelaki yang tidak puas hati dengan harga samosa yang dijual mereka.

Rentetan pergaduhan itu, Raushan, 26, ditembak mati di tempat kejadian.

Manakala adiknya Arun kritikal dikejarkan ke hospital.

Menurut ARY News, polis menahan salah seorang suspek dan melancarkan misi mencari seorang lagi rakannya yang berjaya melarikan diri dari tempat tersebut.

Secara Rawak

Artikel Terbaru