Tuesday, May 11, 2021

Mayat empat hari di dalam kereta di tapak parkir pasar raya Australia

Mesti baca

PERTH: Seorang warga tua ditemui mati di dalam keretanya di sebuah pasar raya di Perth dan lebih mengejutkan lelaki itu sudah meninggal dunia empat hari sebelum mayatnya ditemui.

Pasar Raya Herdsman Fresh itu dikunjungi oleh ribuan orang setiap hari, namun tiada sesiapa sedar tentang kewujudan mayat di dalam kereta tersebut.

Kereta lelaki itu pula diparkir di hadapan pintu masuk pasar raya.

Tingkap kereta pemiliknya bercermin hitam dan pekerja pasar raya hanya tercium bau busuk yang keluar dari kereta itu selepas berada di situ selama empat hari.

Rakaman CCTV mendapati lelaki itu mengunjungi pasar raya tersebut empat hari sebelumnya dan dilihat masuk ke dalam keretanya sebelum rebah ke tempat duduk sebelahnya.

Ara News melaporkan, polis melancarkan siasatan untuk mengenal pasti identiti lelaki itu dan mereka juga tidak menerima aduan kehilangannya.

Punca kematian belum dapat disahkan, tetapi polis mengatakan kematian itu tidak mencurigakan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru