Tuesday, May 11, 2021

Lelaki ditahan jual loteri awam tanpa lesen

Mesti baca

BAU: Seorang lelaki ditahan selepas disyaki menjadi agen loteri awam tanpa lesen di sebuah pasar ikan, semalam.

Suspek, 39, diserbu ketika leka menjalankan aktiviti tersebut tanpa menyedari kehadiran sepasukan polis.

Ketua Polis Daerah Bau Deputi Superintedan Poge Nyaon berkata, serbuan dilakukan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Bau dilakukan sekitar jam 10 pagi.

“Butir-butir rampasan hasil serbuan iaitu sebuah telefon bimbit jenama Oppo dan sejumlah wang tunai berjumlah RM723,” katanya menerusi satu kenyataan hari ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru