Tuesday, May 11, 2021

Jumlah remaja hamil di Sarawak menurun

Mesti baca

KUCHING:  Sejak Pusat Sehenti Remaja Hamil ditubuhkan pada 2014, negeri ini memperlihatkan trend penurunan jumlah remaja hamil.

Menurut  Menteri Kebajikan, Wanita dan Pembangunan Keluarga Datuk Seri  Fatimah Abdullah, terdapat 38.3 peratus penurunan dari segi jumlah kes antara 2014 dan 2020.

Pada 2014 terdapat 3,401 kes manakala pada 2020 hanya 2,099 kes.

Jaatankuasa itu,  antara lain jelas beliau ditubuhkan di peringkat negeri dan bahagian bagi melaksanakan tindakan bersepadu membabitkan isu berkaitan remaja hamil seperti pendidikan, kebajikan dan sokongan, status perkahwinan,  dokumen pengenalan diri dan hal-hal berkaitan undang-undang.

Pada 2014, beliau dipetik berkata  berkata, jawatankuasa  itu dianggotai  pelbagai agensi berkaitan termasuk Jabatan Kesihatan, Unit Perancang Keluarga, Jabatan Kebajikan Masyarakat, Jabatan Pendidikan dan banyak lagi.

“Bersama-sama dengan rakan strategik lain, kanak-kanak dilatih untuk mengawal, mengetahui dan menghargai digniti,” jelasnya kepada Sarawak Voice.

Sejak 2016, katanya lagi, kementeriannya menjalankan sebanyak 61 Program  Kesedaran dan Advokasi Pendidikan Seksual yang bersepadu dan holistik di Sarawak.

“Sejak itu, terdapat penurunan signifikan dari segi kes remaja sekolah yang hamil, daripada 160 kes pada 2015 kepada hanya 64 kes pada 2019,” tegasnya.

Jelas Fatimah, kementeriannya menjalankan 24 Randau Pembangunan Sosial termasuk modul tentang keselamatan kanak-kanak, kesan kehamilan remaja dan perkahwinan dini, tingkah laku berisiko yang membawa kepada kehamilan tak dikehendaki, dan jenayah seksual terhadap wanita dan kanak-kanak.

Secara Rawak

Artikel Terbaru