Monday, August 2, 2021

Evolution FC juara Karnival Futsal PBBS Piala YB Awla Dris 2021

Mesti baca

SIMUNJAN: Skuad Evolution FC muncul juara Karnival Futsal PBBS Piala YB Awla Dris 2021 selepas menewaskan cabaran pasukan Kasorga FC dengan jaringan 2-1 dalam aksi final yang berlangsung di Arena Sri Nancy, Simunjan, pada petang Ahad.

Menerusi kejayaan itu, Evolution FC membawa pulang wang tunai sebanyak RM800, piala dan medal, manakala naib juara membawa pulang wang tunai sebanyak RM600, piala berserta medal.

Manakala, tempat ketiga dimenangi bersama oleh pasukan Gedong V dan Kamser dan membawa pulang wang tunai RM300 dan piala.

Bagi kategori wanita pula, gelaran juara disandang oleh pasukan UG FC selepas mengalahkan pasukan Dsamarahan FC menerusi penentuan tendangan penalti selepas perlawanan berakhir seri 1-1.

Pasukan BNFH FC dan Emmanuel Utd FC pula dinobatkan sebagai pemenang bersama bagi tempat ketiga.

Hadir menyempurnakan penutupan dan penyerahan hadiah kepada pasukan pemenang ialah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Simunjan, Awla Dris.

Berucap ringkas dalam program itu, beliau berharap karnival futsal tersebut berjaya mencungkil bakat-bakat baharu dalam sukan futsal dan diketengahkan ke peringkat yang lebih tinggi.

Jelasnya, penganjuran karnival futsal kali ini amat mencabar kerana diadakan semasa tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan dilaksanakan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.

Hadir sama, Pegawai Daerah Simunjan, Abdul Khalid Manap dan Presiden Bola Sepak Bahagian Samarahan, Awang Abdul Rahman Awang Hamid.

Secara Rawak

Artikel Terbaru