Tuesday, May 11, 2021

Anak saman ibu bapa tuntut saraan seumur hidup

Mesti baca

DUBAI: Seorang graduan lulusan Oxford yang kini menganggur, tanpa rasa malu mengheret ibu bapanya ke mahkamah dalam usaha memaksa mereka menyaranya seumur hidup, menurut satu laporan.

Lelaki tersebut berusia 41 tahun, lulusan Universiti Oxford jurusan perundangan.

Dia peguam terlatih dan pernah bekerja di beberapa firma undang-undang sebelum ini.

Dia menganggur sejak 2011 dan kini menuntut kedua-dua ibu bapanya yang tinggal di Dubai memberinya wang perbelanjaan seumur hidupnya.

Menurut Gulf News,sepanjang 20 tahun lalu, kedua-dua ibu bapanya membenarkannya tinggal di pangsapuri mereka berharga £1 juta (RM5.7 juta) di Hyde Park London.

Ibu bapa bekas peguam itu juga membayar semua bil dan turut memberi wang belanja mingguan £400 (RM2,292).

Namun sekarang ibu bapanya mahu menghentikan semua bantuan itu selepas berlaku pertengkaran antara mereka.

Tahun lalu bekas peguam itu memfailkan saman menuntut wang saraan daripada ibu bapanya namun ia ditolak oleh Mahkamah Keluarga dan kini saman itu dibicarakan di Mahkamah Rayuan pula.

Pada 2018 lelaki itu pernah bertindak menyaman Universiti Oxford dan mendakwa “kelemahan mengajar menyebabkannya memperoleh CGPA 2.1 dan bukan Ijazah kelas pertama.

Saman itu bagaimanapun ditolak mahkamah.

Secara Rawak

Artikel Terbaru