Sunday, December 5, 2021

120.40 juta dijangkiti,  2.66 juta mati

Secara Rawak

Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 120  juta.

Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah 2, 664,760  juta manakala lebih 96.94 juta telah sembuh.

Data  Worldometers setakat pagi Isnin menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 120,401,769 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 30 juta   kes.

Jumlah kematian di negara itu ialah 547,220 kes sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.

Angka itu diikuti India sebanyak   11, 483,370  kes dengan  158, 762 kematian, manakala Brazil lebih 11.38 juta kes dengan  278,327  kematian.

United Kingdom dan Russia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol  dan Itali melebihi tiga juta.

Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan  125,516  dan 102,145 kematian.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru