Tuesday, May 11, 2021

Covid-19: Jangan sorok kebenaran untuk lawan berita palsu

Mesti baca

Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) (No. 2) 2021 dalam menjadikan penerbitan atau
penyebaran berita palsu berkaitan COVID-19 atau pengisytiharan darurat sebagai suatu
kesalahan yang boleh dihukum denda berjumlah RM100,000.00 atau penjara 3 tahun
adalah undang-undang drakonian.

Peruntukan drakonian seperti ini biasanya diperbuat oleh rejim autoritarian untuk
mengekang kebebasan bersuara. Masyarakat memerlukan maklumat mengenai pandemik
COVID-19 dan langkah-langkah untuk menanganinya.

Ianya memang wajar untuk rakyat mengetahui sama ada pelbagai jenis vaksin adalah berkesan dan selamat. Orang ramai berhak mengetahui kesan sampingan dari vaksin-vaksin tersebut. Orang ramai berhak mengetahui kerana ini melibatkan kesihatan dan kehidupan mereka dan ahli-ahli keluarga mereka.

Kerajaan harus menangani berita palsu dengan memberikan keterangan benar dan
pendedahan penuh serta lengkap yang disokong oleh bukti saintifik mengenai perkara-
perkara tersebut. Memberikan keyakinan kepada rakyat bahawa pandemik COVID-19 diurus dengan betul dan bahawa vaksin-vaksin adalah selamat datang daripada Kerajaan
mendedahkan kebenaran.

Keyakinan rakyat tidak akan datang dengan menyorokkan kebenaran dalam bentuk hukuman berat dan tidak seimbang. Ordinan Darurat ini menimbulkan kecurigaan dan meningkatkan rasa tidak percaya. Kesannya adalah mendorong masyarakat mendapatkan jawapan dari sumber maklumat tidak rasmi dan tidak benar.

Saya meminta Kerajaan untuk membatalkan Ordinan Darurat (Kuasa-Kuasa Perlu) 2021
kerana peruntukan ini akan menyebabkan lebih banyak keburukan daripada kebaikan.

William Leong Jee Keen
Ahli Parlimen Selayang

Secara Rawak

Artikel Terbaru