Sunday, December 5, 2021

ADUN Kabong sentiasa aktif bersama penduduk dalam pelbagai program

Secara Rawak

KABONG: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kabong, Mohd Chee Kadir sentiasa aktif dalam menghadiri program bersama rakyat.

Beliau pada Sabtu telah menghadiri ceramah khas sempena Israk Dan Mikraj 1442 Hijrah di Masjid Surau Darul Nadwah, Kabong.

Program anjuran Jawatankuasa Surau Darul Nadwah Kabong dengan kerjasama Persatuan Anak Kabong (PAK) tersebut dimulakan dengan solat fardhu Maghrib secara berjemaah.

Selepas itu, para jemaah mendengar ceramah khas bertajuk Rehlah Penuh Ibrah yang disampaikan oleh Al Fadhil Ustaz Sulaiman Hashim dan diakhiri solat fardhu Isyak.

Hadir sama Penghulu Sani Mohamad, Pengerusi Masjid/Surau Darul Nadwah Kabong Darmizan Daud, Pengerusi Persatuan Anak Kabong Semawi Mohamad dan Pengerusi Lembaga Amanah Kebajikan Islam Kabong (LAKIK) ,Ulin Tabur.

SourceUKAS

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru