Sunday, December 5, 2021

178 kes baharu di Sarawak hari ini

Secara Rawak

KUCHING: Sebanyak 178 lagi kes baharu direkodkan   hari ini menjadikan jumlah keseluruhan kes Covid-19 di Sarawak meningkat kepada 12,451.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) satu lagi kematian direkodkan di negeri ini hari ini menjadikan jumlah kematian meningkat kepada 90 orang.

Katanya dalam satu kenyataan, kes kematian ke-90 merupakan kes ke-8,606 melibatkan seorang lelaki rakyat Sarawak berusia 61 tahun yang dimasukkan ke Hospital Sibu kerana mengalami gejala selsema, batuk dan masalah pernafasan. 

“Saringan ujian rt-PCR yang dibuat pada 22 Februari 2021, dikesan positif pada 23 Februari 2021, keadaan kesihatan kes semakin merosot dan disahkan meninggal dunia pada 14 Mac 2021,” katanya.

Kes juga katanya mempunyai ko-morbid penyakit kencing manis dan kanser nasopharynx.

“Daerah-daerah yang melaporkan kes ialah daerah Bintulu (35), Miri (32), Sibu (27), Song (23), Kuching (21), Kapit (18), Meradong (empat), Sri Aman (empat), Kanowit (tiga), Lawas (dua), Samarahan (dua), Betong (satu), Julau (satu), Mukah (satu), Pusa (satu), Sebauh (satu), Serian (satu) dan Tatau (satu),” jelasnya lagi.

“Ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 12,451 kes,” katanya.

Katanya, daripada 178 kes baharu dilaporkan itu, 20 orang menunjukkan tanda-tanda serta mengalami tanda-tanda jangkitan Covid-19 semasa saringan dijalankan.

JPBNS juga memaklumkan 134 kes atau yang dikesan terdiri daripada individu yang diberikan arahan perintah kuarantin di pusat kuarantin disediakan. 

Mereka ini katanya terdiri daripada 125 individu yang dikenal pasti sebagai kontak rapat kepada kes positif Covid-19, enam orang balik dari luar negara (Import A) dan tiga lagi baru pulang dari kawasan berisiko tinggi (Import B).

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru