Tuesday, May 11, 2021

Salasilah Pengiran Sarawak akan dipromosi 

Mesti baca

KOTA SAMARAHAN: Salasilah keturunan Pengiran Sarawak dikembang dan dipromosikan supaya dapat didedahkan kepada generasi masa kini.

Mungkin ramai golongan belia kurang mengetahuinya, maka atas inisiatif Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Pertubuhan Keturunan dan Waris Pengiran Sarawak (PKWPS), satu Memorandum Persefahaman (MoU) dimeterai dalam majlis ringkas di Bilik Seminar Utama Kampus Samarahan 2, di sini Khamis.

MoU itu bertujuan mempromosi dan mengembangkan salasilah keturunan Pengiran Sarawak termasuk Adat Istiadat Kebudayaan Pengiran Sarawak serta memelihara dan mewartakan kawasan bersejarah berkaitan Pengiran Sarawak.

Pada majlis tersebut, UiTM diwakili Rektor UiTM,  Profesor Datuk Dr. Jamil Hamali manakala PKWPS diwakili pengerusinya, Awang Indra Awang Mostapha.

Turut hadir, Timbalan Rektor Bahagian Hal Ehwal Pelajar UiTM, Profesor Madya Dr Mohammad Isa Mohamadin dan Timbalan Setiausaha PKWPS, Awang Mansor Awang Abu Othman.

Secara Rawak

Artikel Terbaru