Tuesday, May 11, 2021

Projek Tagang bakal jana pendapatan, tarik pelancong

Mesti baca

SERIAN: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi berkesempatan melawat Projek Tagang di Kampung Terbat Mawang, pada Jumaat.

Lawatan tersebut turut diiringi oleh ADUN Kedup, Martin Ben, Residen Bahagian Serian dan Pengarah KPDNHEP Sarawak, Dato Stanley Tan.

Semasa lawatan berkenaan, Dato Sri Alexander memuji usaha ADUN Kedup kerana telah banyak membantu penduduk Ahli Jawatankuasa (AJK) Tagang kampung dari segi nasihat dan dana untuk menambah baik kawasan tagang agar sentiasa terpelihara sekaligus menjana pendapatan dan menjadikan tagang tarikan pengunjung.

Dalam pada itu, beliau telah meluluskan peruntukan dana sebanyak RM8,000 untuk AJK Tagang, RM20,000 kepada Biro Wanita dan RM20,000 kepada JKK Kampung Terbat Mawang bagi tujuan pengurusan dan naik taraf Bangunan Biro Wanita dan Bilik Gerakan JKKK.

SourceUKAS

Secara Rawak

Artikel Terbaru