Tuesday, May 11, 2021

Pas: Tiada isu pilih PN atau MN

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Pas terus komited menjadi orang tengah ke arah usaha untuk menyatukan semua pihak, khususnya Melayu-Islam di Malaysia.

Keputusan itu diambil hasil mesyuarat antara dua parti komponen kerajaan, Pas-Umno yang diadakan di Menara Dato’ Onn, Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur, pada Rabu.

Menurut Ketua Penerangan Pas Pusat, Kamaruzaman Mohamad, mesyuarat berkenaan khusus bagi membincangkan usaha-usaha ke arah pemerkasaan Muafakat Nasional (MN).

Jelasnya, MN merupakan asas penting demi penyatuan dan perpaduan kaum Melayu-Islam di negara ini, di samping bertujuan untuk mengelakkan berlakunya perpecahan undi dalam kalangan kaum majoriti tersebut.

“Keputusan mesyuarat malam tadi juga kita membincangkan perkara-perkara bagi memperkasakan MN di semua peringkat dengan pelaksanaan pelbagai program di setiap kawasan dan negeri,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengenai pilihan kerjasama Pas bersama MN dan Perikatan Nasional (PN), Kamaruzaman menjelaskan, pihaknya akan kekal konsisten menjadi pendamai bagi menyelesaikan perselisihan faham antara Umno dan Bersatu.

Secara Rawak

Artikel Terbaru