Tuesday, May 11, 2021

Muhyiddin: PN main peranan penting wujudkan kestabilan politik

Mesti baca

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, Perikatan Nasional mempunyai peranan yang penting dalam mewujudkan kestabilan politik dan  mengekalkan keharmonian rakyat berbilang kaum yang bersatu padu dalam sebuah negara majmuk.

Selain itu, jelas beliau,  menjunjung prinsip tadbir urus yang baik dalam pentadbiran kerajaan dan menegakkan kedaulatan undang-undang. Inilah prinsip-prinsip asas yang menunjangi pembentukan Perikatan Nasional.

Menurut Pengerusi PN itu, gabungan berkenaan ingin kekal sebagai sebuah gabungan politik yang berkongsi aspirasi negara untuk generasi yang akan datang, serta mahu memimpin Malaysia dengan lebih cekap, berkesan dan kompeten.

“Kita ingin terus merasai denyut nadi rakyat dan memenuhi keperluan mereka dengan penuh prihatin. Kita mempunyai aspirasi yang tinggi untuk terus memelihara perpaduan rakyat yang berbilang kaum dan agama, ”katanya ketika merasmikan Persidangan Perwakilan Nasional ke-49 Gerakan secara dalam talian, hari ini.

Tegasnya, gabungan Perikatan Nasional (PN) adalah tawaran baharu untuk rakyat Malaysia, dan parti itu akan kekal untuk tempoh masa yang lama.

Secara Rawak

Artikel Terbaru