Tuesday, May 11, 2021

Dato Sri Alexander buat lawat ke pejabat KPDNHEP cawangan Serian

Mesti baca

SERIAN: Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Dato Sri Alexander Nanta Linggi mengadakan lawatan ke Pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Cawangan Serian pada Jumaat.

Lawatan Dato Sri Alexander ke Pejabat KPDNHEP Cawangan Serian adalah untuk melihat sendiri pejabat yang ditempatkan di bangunan yang sebelum ini dijadikan Pusat Rekreasi SABERKAS Cawangan Kedup.

Di atas persetujuan dan kepentingan bersama, ADUN Kedup, Martin Ben telah bersetuju menyerahkan bangunan tersebut kepada pihak KPDNHEP Sarawak sejak Disember 2020 sebagai pejabat urusan dan penguatkuasaan di Bahagian Serian.

Ia juga akan diperluaskan ke Bahagian Sri Aman pada masa yang datang.

Sementara itu, Dato Sri Alexander berharap dengan adanya pejabat KPDNHEP Cawangan Serian maka tugas penguatkuatkuasan oleh pegawai akan lebih berkesan dan dimanfaatkan sebaik mungkin oleh masyarakat di Bahagian Serian.

Hadir sama mengiringi rombongan lawatan itu ialah ADUN Kedup, Martin Ben, Residen Bahagian Serian, Tuah Suni dan Pengarah KPDNHEP Sarawak, Dato Stanley Tan.

Secara Rawak

Artikel Terbaru