Tuesday, May 11, 2021

Budayakan integriti dalam kehidupan – Datuk Talib Zulpilip

Mesti baca

KUCHING: Empat sifat utama Nabi Muhammad SAW iaitu benar, bijaksana, amanah dan tabligh perlu dicontohi oleh pemimpin masa kini.

Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman), Datuk Talib Zulpilip berkata, keempat-empat sifat tersebut merupakan tunjang utama dalam pentadbiran dan pengurusan organisasi dalam sesebuah negara.

“Di Sarawak kita bertuah kerana memiliki pemimpin berintegriti seperti Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg yang berusaha menjadikan Sarawak sebagai sebuah negeri berintegriti tinggi menjelang 2030,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Ceramah Integriti, Ibrah Integriti dari Peristiwa Israk Dan Mikraj di sini, Jumaat.

Menurut Talib, dalam konteks ibrah integriti peristiwa Israk dan Mikraj, antara sifat dan akhlak mulia yang perlu dimiliki oleh seseorang ialah sifat integriti tinggi dalam kehidupan.

Katanya, ia turut merangkumi amalan nilai murni yang lain seperti mematuhi peraturan, menghindari amalan rasuah serta menjalankan amanah dengan efisien, telus dan efektif.

Sehubungan itu, beliau menggesa penduduk memberikan kerjasama dalam meningkatkan usaha pembudayaan integriti dalam kalangan masyarakat di negeri ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru