Tuesday, May 11, 2021

Beberapa wakil rakyat PH akan sokong PN

Mesti baca

PUTRAJAYA: Beberapa lagi ahli Parlimen pembangkang dijangka mengikut jejak langkah Datuk Dr Xavier Jayakumar untuk meninggalkan parti masing-masing.

Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa berkata, beliau difahamkan seramai tujuh hingga lapan orang lagi ‘kawannya’ memberi indikasi dan bersedia menyatakan sokongan kepada kerajaan Perikatan Nasional (PN) lapor Astro Awani.

Tindakan tersebut, katanya kerana prestasi baik yang ditunjukkan kerajaan khususnya dalam menyelesai isu COVID-19.

“Sebenar lebih ramai pihak termasuk ahli Parlimen yang bersedia untuk memberikan sokongan kepada kerajaan PN.

“Saya difahamkan selain daripada Dr Xavier, ada lagi tujuh atau lapan orang lagi kawan-kawan saya ahli Parlimen yang ada memberi indikasi bersedia menyokong (kerajaan),” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program ‘walkabout’ ke Kiosk Usahawan Muda Kota dan Anjung Floria Putrajaya, di sini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru