Tuesday, May 11, 2021

222 kes positif di Sarawak pada Sabtu

Mesti baca

KUCHING: Sarawak terus mencatatkan kes harian jangkitan Covid-19 tiga angka dengan 222 kes positif baharu hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 12,273 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, sebanyak 57 kes dilaporkan di Miri, Sibu (38), Kuching (29), Bintulu (25), Betong (12), Meradong (12), Julau (10), Subis (9), Kapit (7), Song (7), Samarahan (4), Saratok (2), Serian (2), Limbang (2), Bau (1), Kanowit (1), Mukah (1), Sarikei (1), Sebauh (1) dan Telang Usan (1).

“Daripada jumlah itu, seramai 168 kes adalah individu yang diberi arahan menjalani perintah kuarantin di pusat kuarantin yang telah disediakan.

“Mereka ini terdiri daripada 167 individu yang mempunyai kontak rapat kepada kes positif Covid-19, manakala seorang lagi individu baru balik dari kawasan berisiko tinggi (Import B),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JBPSN, daripada 222 kes baharu, seramai 35 orang individu atau 15.76 peratus menunjukkan tanda-tanda jangkitan semasa saringan dijalankan.

“Sementara itu, hari ini terdapat 236 kes baharu pulih dan dibenarkan discaj menjadikan keseluruhan 80.06 peratus atau 9,826 kes positif Covid-19 di Sarawak telah pulih.

“Manakala jumlah kes aktif dan masih mendapat rawatan adalah 2,313 orang,” ujarnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru