Saturday, December 4, 2021

146 mangsa rugi RM26 juta di Sarawak

Secara Rawak

KUCHING:  Kerajaan Sarawak amat prihatin terhadap nasib yang menimpa rakyat Sarawak yang menjadi mangsa penipuan yang mengakibatkan kerugian simpanan dan kewangan, menurut   Menteri Kebajikan, Kesejahteraan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembangunan Kanak-Kanak, Datuk Seri Fatimah Abdullah.

Beliau berkata, antara Januari dan 18 Februari tahun ini, jumlah kerugian di Sarawak ialah RM26 juta membabitkan 146 mangsa.

Jelas  Fatimah, bagi menangani jenayah komersial dalam talian itu, kementerian beliau bekerjasama dengan Bahagian Jenayah Komersial PDRM Sarawak.

Katanya, penipuan berkenaan membabitkan Macau Scam, pinjaman tidak wujud, penipuan pembelian online, African Scam, penipuan nombor TAC/OTP dan penipuan penyamaran melalui telefon.

Tujuannya, katanya lagi, adalah untuk meningkatkan kesedaran melalui dialog komuniti seperti Randau Pembangunan Sosial di kawasan luar bandar dan Randau Solidartiti di kawasan bandar.

“Pada tempoh Covid-19, Majlis Pembangunan Sosial Sarawak di kenterian menggunakan media sosial untuk menyebarkan maklumat kepada masyarakat dengan menyediakan maklumat dan tip bagi melindungi seseorang daripada ditipu,” katanya kepada Sarawak Voice dan New Sarawak Tribune.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru