Tuesday, May 11, 2021

Rayu penggunaan kalimah Allah: Masing bidas ahli politik Umno, Pas

Mesti baca

KUCHING: Timbalan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Dr James Masing membidas ahli politik Umno dan Pas berkaitan pendirian parti itu supaya kerajaan merayu keputusan mahkamah berhubung penggunaan kalimah ‘Allah’ dan tiga perkataan  lain, iaitu Baitullah, Kaabah dan solat.

Semalam, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan bahawa kerajaan telah melakukan kesilapan dalam mengeluarkan larangan penggunaan kalimah “Allah” pada 1986 kepada masyarakat bukan Islam.

Mahkamah Tinggi memutuskan penganut Kristian Sarawak berhak menggunakan kalimah Allah bagi tujuan pendidikan dan keagamaan.

Keputusan itu disambut baik penganut agama Kristian di Sarawak dan Sabah khususnya.

Masing yang dipetik Malay Mail hari ini berkata ahli politik Umno dan Pas tidak patut mencampuri urusan kehakiman negara.

“Menjadi harapan saya bahawa kita perlu membenarkan pihak agama dan mahkamah untuk memutuskan berkenaan isu-isu agama dan bukan ahli politik,” Masing dipetik berkata, sambil menyifatkan  gesaan dan tuntutan kedua-dua parti terbabit  tidak masuk akal.

Secara Rawak

Artikel Terbaru