Tuesday, May 11, 2021

Mahir lontar tahi lembu, wanita disaran sertai pasukan bola keranjang

Mesti baca

NEW DELHI: Kemahiran seseorang terserlah di media sosial apabila dia memuat naik statusnya melalui TikTok, Weibo atau aplikasi lain.

Baru-baru ini kemahiran wanita dari India melontar tahi lembu dengan tepat dan kemas di dinding rumahnya menjadi perbualan pelayar media sosial.

Video wanita itu yang menunjukkan dia membaiki rumahnya menggunakan tahi lembu, tular di media sosial.

Namun, menurut dnaindia.com dia tidak menyusunnya seperti yang biasa dilakukan oleh orang lain sebaliknya dia melontar tahi lembu itu dan lontarannya begitu tepat dan kemas.

Malah tiada satu pun sasarannya terlepas, semuanya melekat dengan cantik sekali.

Kemahirannya menyebabkan netizen kagum sehingga ada yang menyarankan wanita itu menyertai pasukan bola kerajang India.

Secara Rawak

Artikel Terbaru