Sunday, December 5, 2021

Kontraktor diingat siap ikut jadual

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof Rabu menyerahkan Surat Setuju Terima (SST) pembangunan infrastruktur dan prasarana serba lengkap bagi empat projek di negara ini.

Menurut kenyataan media Kementerian Kerja Raya (KKR), sebanyak RM600 juta dana diperuntukkan bagi pelaksanaan keempat-empat projek tersebut di bawah Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

“Cawangan Kerja Pendidikan di Jabatan Kerja Raya (JKR) akan menjadi agensi pelaksana kesemua projek sekali gus memastikan kontraktor melaksanakan tugasan dengan berkualiti dan menepati spesifikasi kontrak,” kata kenyataan itu.

Antara empat projek yang terlibat dalam Majlis Penyerahan SST hari ini ialah

Projek Pembinaan dan Penyiapan Hospital Pengajar dan Pusat Kesihatan Prima (PKP) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS), Sarawak diamanahkan kepada syarikat Perbena Emas Sdn Bhd dengan kos berjumlah RM485.99 juta.

Kompleks Sukan Kampus Gong Badak, Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA), Kuala Terengganu diamanahkan kepada syarikat Sincere Image Sdn. Bhd dengan kos berjumlah RM18.89 juta.

iii. Penyiapan baki kerja projek Universiti Malaysia Pahang (UMP), Pembinaan Pusat Islam dan Pembangunan Insan serta Masjid diamanahkan kepada FNA Builders dan Services Sdn Bhd dengan kos RM11.90 juta.

Pembinaan blok baharu Kelas Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) serta Lain-Lain Kemudahan Mesra Orang Kelainan Upaya (OKU) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mutiara, Wilayah Persekutuan Labuan diamanahkan kepada Jangka Prestasi Sdn Bhd dengan kos RM9.96 juta.

Pada majlis itu, Fadillah turut mengingatkan kontraktor supaya melaksanakan projek dengan cekap dan teratur bagi memastikan projek menepati kualiti dan disiapkan mengikut tempoh masa yang ditetapkan.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru