Tuesday, May 11, 2021

Kluster Jalan Pengiran di Matu berakhir

Mesti baca

KUCHING: Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak mengisytiharkan Kluster Jalan Pengiran, Matu di Bahagian Mukah tamat hari ini selepas kes terakhir melibatkan kluster ini dikesan pada 10 Februari lalu.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JBPNS), kluster yang diisytiharkan pada 31 Januari lalu itu merekodkan sebanyak 24 kes positif Covid-19.

“Sejumlah 326 individu telah disaring dan 302 disahkan negatif,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, JPBNS menyatakan sebanyak 26 kluster masih aktif di Sarawak dengan tujuh merekodkan penambahan kes, manakala 19 kluster lagi tiada kes baharu.

Sementara mengenai status daerah, JPBNS memaklumkan Daerah Kanowit, Sri Aman dan Samarahan kembali ke status kuning daripada status jingga.

“Daerah Serian, Bau, Subis, Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus merah, manakala Song, Sarikei dan Dalat kekal berstatus jingga.

“Daerah Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Mukah, Pusa, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh juga kekal berstatus kuning serta 11 lagi daerah kekal berstatus hijau,” jelasnya.

Secara Rawak

Artikel Terbaru