Tuesday, May 11, 2021

Gurauan sebabkan kematian, lelaki disaman RM38,033

Mesti baca

BEIJING: Lelaki yang tinggal di Liaoning diarah membayar 60,000 yuan (RM38,033) sebagai pampasan kerana menyebabkan jirannya meninggal semasa mereka berdua sedang bergurau.

Menurut Global Times, kes ini membabitkan lelaki bernama Zhou dan jirannya Gou yang bertemu di bawah pangsapuri mereka pada hari kejadian.

Mereka berdua dikatakan bergurau dan tidak lama kemudian Gou tiba-tiba rebah.

Zhou yang tidak tahu Gou tidak sihat memintanya agar jangan berpura-pura.

Seketika kemudian dia mendapati wajah Gou berubah kebiruan dan dia sukar bernafas.

Zhou bagaimanapun tidak melakukan apa-apa untuk membantunya sebaliknya dia terus berlari pulang ke rumahnya.

Apabila keluarga Gou tiba untuk membantunya, dia sudah pun meninggal dunia.

Keluarganya tahu orang terakhir berjumpa Gou serta bergurau dengannya ialah Zhou, berikutan itu mereka membuat laporan polis.

Hasil bedah siasat mendapati Gou mempunyai masalah jantung kronik dan diserang penyakit jantung ketika bergurau dengan Zhou.

Pendakwa raya di Mahkamah Wilayah Liaoning memutuskan tingkah laku Zhou bukanlah satu jenayah, tetapi dia harus membayar pampasan sivil 60,000 yuan (RM38,033) sebagai penyebab kematian Gou.

Secara Rawak

Artikel Terbaru