Tuesday, May 11, 2021

Covid-19: 9,388 kes sembuh di Sarawak

Mesti baca

KUCHING: Jumlah keseluruhan kes positif  Covid-19 yang telah pulih dan dibenar discaj di negeri ini meningkat kepada 9,388 orang daripada 11,878 kes dikesan setakat ini.

Menurut kenyataan Jawatankausa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) termasuk 264 kes baharu yang telah pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Jelasnya, Hospital Sibu terdapat  141 kes, Hospital Umum Sarawak (55), Hospital Bintulu (21), Hospital Sarikei (17), Hospital Miri (12), PKRC di bawah Hospital Betong (11), PKRC di bawah Hospital Kapit (6) dan PKRC di bawah Hospital Sri Aman (1).

“Jumlah kes yang masih mendapat rawatan dan diasingkan di PKRC dan wad hospital adalah seramai 2,360 orang,’ katanya lagi.

Hari ini juga terdapat 178 kes orang disyaki (PUI) baharu dilaporkan dan satu PUI yang masih menunggu keputusan ujian makmal.

Sebanyak 168 kes positif baharu Covid-19 dikesan di Sarawak hari ini  menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 11,878 kes setakat ini.

Secara Rawak

Artikel Terbaru