Tuesday, May 11, 2021

168 kes baharu, 264 pulih di Sarawak hari ini

Mesti baca

KUCHING: Kes pulih Covid-19 hari ini di Sarawak mengatasi angka kes positif dengan 264 kes sembuh, manakala kes positif baharu sebanyak 168 kes.

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata, ia menjadikan kumulatif kes sembuh dan discaj meningkat kepada 9,388 orang atau 79.04 peratus daripada keseluruhan kes Covid-19 di negeri ini.

“Sementara bagi kes baharu positif, 49 kes dicatatkan di Sibu, Bintulu (37), Miri (19), Betong (19), Kuching (12), Kapit (10),  Meradong (10), Bau (4), Julau (4), Mukah (3) dan Limbang (1) menjadikan keseluruhan meningkat kepada 11,878 kes.

“Daripada 168 kes baharu, hanya 13 orang atau 7.74 peratus menunjukkan tanda-tanda jangkitan Covid-19, 42 kes saringan kluster aktif, 92 saringan kontak rapat dan enam kes saringan individu bergejala di fasiliti kesihatan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah JPBNS, sebanyak 2,360 kes aktif masih mendapat rawatan dan diasingkan di hospital di seluruh negeri.

Secara Rawak

Artikel Terbaru