Sunday, December 5, 2021

Lima kluster aktif di Sarawak tambah kes

Secara Rawak

KUCHING: Terdapat lima kluster aktif merekodkan penambahan kes hari ini, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

JPBNS berkata, terdapat penambahan satu kes melibatkan Kluster Jalan Awang, Sibu justeru menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 43 kes.

Katanya, jumlah keseluruhan kes bagi Kluster Bukit Tunggal, Julau meningkat kepada 36 kes berikut penambahan empat kes hari ini.

Sementara, tambahnya, Kluster Jalan Muhibbah, Betong melaporkan penambahan 29 kes hari ini dan jumlah keseluruhan meningkat kepada
262 kes.

“Terdapat lima kes dilaporkan bagi Kluster Emperoh Jambu, Kuching, ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada
237 kes.

“Manakala Kluster Gelong, Kapit, terdapat penambahan satu kes hari ini
menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 210 kes,” kata jawatankuasa tersebut dalam satu kenyataan.

Dalam perkembangan berkaitan, JPBNS memberitahu Daerah Samarahan telah kembali ke status kuning daripada status jingga setelah merekodkan 20 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Katanya lagi, Daerah Subis pula telah bertukar ke status merah setelah
merekodkan sejumlah 49 kes jangkitan tempatan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

Tambahnya, Daerah Julau, Selangau, Betong, Meradong, Kuching, Kapit, Bintulu, Miri dan Sibu kekal berstatus merah dengan sejumlah 2,755 kes jangkitan tempatan dilaporkan di Daerah tersebut dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Bau, Kanowit, Sarikei, Serian, Dalat dan Sri Aman kekal berstatus jingga dengan jumlah keseluruhan 177 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas.

“Daerah Belaga, Lundu, Bukit Mabong, Tatau, Marudi, Mukah, Pusa, Song, Asajaya, Beluru, Saratok dan Sebauh kekal berstatus kuning dengan jumlah keseluruhan 85 kes jangkitan tempatan dilaporkan dalam tempoh 14 hari yang lepas,” ujarnya.

Manakala kata JPBNS, 11 daerah yang lain kekal berstatus hijau.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru