Virus maut Covid-19 terus berjaga dan tidak pernah tidur. Ia terus mencari mangsa setiap detik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka lebih 117 juta.
Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah 2.604,805 juta manakala lebih 92.93 juta telah sembuh.
Data Worldometers setakat pagi Isnin menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 117,433,799 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 29.696,250 juta kes.
Jumlah kematian di negara itu ialah 537,838 kes sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.
Angka itu diikuti India sebanyak lebih 11.22 juta kes dengan 157, 890 kematian, manakala Brazil lebih 11 juta kes dengan 265,500 kematian.
United Kingdom dan Russia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol dan Itali melebihi tiga juta.
Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 124,501 dan 99,785 kematian.
Lima buah negara yang merekodkan lebih daripada dua juta jangkitan ialah Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico.