Tuesday, May 11, 2021

10 cara membantu cegah kanser

Mesti baca

Ramai yang menghidap kanser tanpa disedari sebenarnya berpunca dari gaya hidup mereka sebelumnya. Sebagai contoh mereka yang ada tabiat merokok.

Kanser kerap terjadi disebabkan gaya hidup yang tidak sihat seperti gaya pemakanan, pendedahan kepada radiasi atau racun dan juga disebabkan tekanan yang berlebihan.

Namun begitu, memang ada beberapa langkah yang boleh diamalkan untuk mencegah kanser ini.

Ini kerana tiada siapa yang boleh menjamin kita tidak akan terkena kanser, dan pada masa sama kita kena peka punca yang boleh menjadikan sel kanser itu menjadi-jadi. Sebab itulah kita kena buat semua perkara yang dapat mengurangkan risiko kanser dengan mengekalkan gaya hidup sihat.

Jadi, bagaimana anda dapat mencegah kanser dari diri anda?

Jika keluarga anda mempunyai sejarah menghidapi kanser, maka anda mesti mahu lebih serius untuk tidak melakukan perkara yang dapat meningkatkan peluang sel kanser itu bermaharajalela.

Di sini ada 10 cara yang boleh anda amalkan bagi mencegahnya.

  • Anda mesti kurangkan pengambilan gula. Telah terbukti bahawa kanser amat mudah berkembang di persekitaran yang kaya dengan glukosa.
    Kekurangan oksigen dan lebih banyak gula meningkatkan risiko mendapat barah.
  • Mengekalkan pH yang betul (potensi hidrogen) di dalam badan anda. Tahap pH tinggi yang kaya dengan oksigen dan ini adalah persekitaran yang tidak digemari oleh sel kanser. Oleh itu, pastikan pH anda melebihi 7.0. Ini bermaksud anda perlu minum banyak air, hilangkan minuman soda berkarbonat, kurangkan makan daging, gula-gula, dan lebihkan sayur-sayuran mentah.
  • Bersenam secara berkala. Tidak kiralah apa jenis latihan pun asalkan anda aktif bergerak.
  • Dapatkan tidur yang secukupnya. Tubuh anda memerlukan masa rehat untuk menyegarkan sel, jadi pastikan anda ada jadual tidur yang betul.
  • Makanan tambahan seperti vitamin dan mineral amat membantu mengekalkan tahap kesihatan badan.
  • Jangan gunakan produk tembakau termasuk menghisap rokok atau mengunyah tembakau. Produk tembakau amat berkait rapat dengan pelbagai jenis kanser termasuk paru-paru, pundi kencing, serviks, buah pinggang, rongga mulut, dan pankreas. Elakkan terus mengambil produk tembakau dengan itu anda akan dapat mengurangkan risiko barah.
  • Lindungi diri anda dari sinar matahari. Gunakan pelindung matahari yang mempunyai nilai SPF (Faktor Perlindungan Matahari) sekurang-kurangnya 15. Gunakan dengan kerap. Tutup pakaian anda dengan pakaian berwarna gelap serta tutup kepala dengan bertopi. Elakkan cahaya matahari waktu tengah hari. Kekalkan diri anda di tempat teduh.
  • Ikuti perkembangan imunisasi anda. Melindungi diri anda dari jenis virus tertentu akan membatasi peluang anda mendapat barah. Ini boleh didapati jika anda meningkatkan imunisasi serta antibodi badan anda dengan vaksin Hepatitis B, HPV (Human Papillomavirus) atau pemakanan tambahan seperti herba tertentu.
  • Elakkan perbuatan berisiko yang boleh menyebabkan jangkitan. Ini termasuk mengamalkan seks yang selamat dan jangan berkongsi jarum. HIV atau AIDS meningkatkan peluang seseorang mendapat kanser dubur, hati, atau paru-paru. HPV pula dikaitkan dengan barah serviks. Ini adalah penyakit kelamin. Berkongsi jarum meningkatkan peluang anda untuk Hepatitis B atau Hepatitis C. Oleh itu, elakkan dari semua perkara tersebut.
  • Ikuti perkembangan perubatan anda. Jumpa doktor anda secara berkala dan pemeriksaan kanser membantu anda untuk didiagnosis lebih awal, dan ini dapat menyelamatkan anda dari kanser.

Sepuluh perkara ini hanyalah beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk mengawal kanser dengan tangan anda sendiri sekaligus mengurangkan risiko.

Ikhtiar seperti ini adalah jauh lebih baik dari tidak melakukan apa-apa atau hanya berserah. Akhir sekali kekalkan semangat yang positif dan terus yakin bahawa setiap peyakit itu pasti ada penawarnya.

KLIK SINI untuk join group Whatsapp bagi mendapatkan tips percuma seperti resepi makanan, minuman, rawatan alternatif dan banyak lagi.

Secara Rawak

Artikel Terbaru