KOTA SAMARAHAN: Satu daripada aspek yang terkesan ekoran ancaman pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan PKP ialah kesihatan mental.

Menyedari pentingnya isu ini difahami, maka Universiti Malaysia Sarawak melalui Fakulti Perubatan dan Kesihatan akan menganjurkan ceramah malam ini melalui alam maya.

Program Chit Chat Kesihatan Mental akan menampilkan Profesor Dr Siti Raudzah Ghazali.

Kesihatan mental ialah keadaan yang sejahtera apabila individu menyedari tentang keupayaan diri, dapat mengendalikan tekanan dengan baik, dapat bekerja secara produktif dan mampu menyumbang kepada masyarakat.

Kesihatan mental ialah ekspresi emosi yang melambangkan keupayaan untuk menyesuaikan diri dalam pelbagai tekanan dan tuntutan hidup.

Sesi Facebook live itu akan diadakan dari 8.30 malam hingga 11 malam ini, 6 Mac.

Masuk, kata kenyataan Unimas, adalah percuma.