KUCHING:  Kluster Emperoh Jambu di sini  terus memperlihatkan  sikap agresifnya.

Jumlah kes meningkat kepada 212 kes setelah 14 lagi kes dikesan pada Jumaat.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS),  sejumlah 1,000 individu disaring di bawah kluster terbabit.

Daripada jumlah itu katanya 600 negatif dan 188 masih menunggu keputusan makmal.

“Terdapat juga penambahan 33 kes hari ini melibatkan Kluster Sungai Bakong, Meradong menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 182 kes. Sejumlah 1,348 individu telah disaring, 766 negatif dan 400 masih menunggu keputusan makmal,” katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.

Bagi Kluster Pasai di Sibu pula katanya, terdapat enam penambahan enam kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,673 kes.

“Sejumlah 42,000 individu  disaring, 39,200 negatif dan 127 masih menunggu keputusan makmal,” jelas kenyataan itu.

Katanya, Kluster Buloh, Selangau juga merekodkan penambahan satu kes hari ini menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33 kes.

Jelasnya, sejumlah 73 individu  disaring, 40 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal.

Katanya lagi, keseluruhannya sebanyak 25 kluster masih aktif di Sarawak dengan 21 kluster lain tiada penambahan kes.