ALABAMA: Liza Scott, baru berusia 7 tahun tetapi berbeza dengan kanak-kanak sejenisnya yang pada usia itu seronok bermain bersama-sama kawan-kawan.

Dia mengambil keputusan berjual air lemonade. Dia membuka gerai kecil di dalam sebuah kedai roti bernama Savage’s Bakery.

Bagi Liza, peluang ini akan diambilnya dengan tangan terbuka kerana semua wang hasil jualannya digunakan untuk membiayai kos pembedahan otaknya.

Dia mempunyai tiga kecacatan di bahagian otaknya,” kata ibunya, Elizabeth Scott. “Satu yang mereka sebut schizencephaly iaitu sumbing di bahagian lobus efrontal di sebelah kanan otaknya, dan kami rasa itulah yang menyebabkannya mengalami kekejangan.”

Kira-kira sebulan lalu, Liza mula mengalami sawan yang menyebabkannya pengsan dan kejang otot.

Selepas diperiksa doktor, mereka mendapati Liza mengalami “otak luar biasa.”

Menurut ARY news, Liza akan menjalani pembedahannya di Hospital Kanak-kanak Boston dalam masa terdekat ini.

Elizabeth memberitahu mereka terpaksa mencari wang lebih untuk membiayai kos penerbangan dan penginapan sepanjang berada di Boston dan Liza mengambil inisiatifnya sendiri meringankan beban ibunya.