DARO: Beberapa blok bangunan musnah dalam kebakaran di Sekolah Kebangsaan (SK) Daro, pagi tadi.

Kebakaran dipercayai berlaku kira-kira 6.50 pagi itu bermula daripada salah satu blok terbabit sebelum merebak ke bangunan yang lain.

Difahamkan, selain blok RMT, kejadian turut memusnahkan tempat penyimpanan buku teks, kelas fardu ain, bilik istirehat pekerja dan kuaters guru sekolah berkenaan.

Ketika ini Bomba dan Penyelamat Daro sedang berusaha mengawal api daripada merebak.

Setakat ini, tiada kemalangan jiwa dilaporkan.