BEIJING: Seorang wanita terkesima dengan tindakan ayahnya yang hampir-hampir hendak melaporkannya kepada polis kerana dituduh membeli dadah semasa Festival Musim Bunga.

Kisah wanita itu menjadi tular selepas dia menceritakan pengalamannya di status kedai Taobao iaitu tempat dia membeli serbuk solekan tersebut.

Wanita itu membeli serbuk solekan itu secara dalam talian dan biasanya serbuk itu dibungkus dalam kotak besar.

Ada juga sesetengah kedai yang menjualnya dalam paket kecil dengan harga murah.

Wanita itu memberitahu biarpun kualiti serbuk itu tinggi, namun dia meminta agar pengeluar produk melekatkan label pada beg plastik mereka.

Dia pun menceritakan perihal ayahnya yang telah menemui paket berisi serbuk itu di dalam beg bagasinya dan mengesyaki dia mengambil dadah.

Ayahnya mengugut membuat aduan ke balai polis sehingga wanita itu terpaksa menunjukkannya bukti dan meletakkan bedak itu ke mukanya.

Selain memberi nasihat tentang label tersebut, wanita itu juga  menunjukkan jenis bedak yang dimaksudkannya.

Menurut Global Times, kisahnya menyebabkan netizen media sosial terhibur dan memberi pelbagai komen selain turut menceritakan pengalaman masing-masing membabitkan isu yang sama.