KUCHING: Jumlah kluster yang masih aktif  di Sarawak sehingga Jumaat adalah sebanyak 25 kluster.

Menurut Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS), empat kluster yang mempunyai penambahan kes, manakala 21 kluster tiada penambahan kes.

Katanya Kluster Buloh, Selangau terdapat penambahan satu kes semalam menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 33 kes.

“Sejumlah 73 individu telah disaring di mana, 40 negatif dan tiada menunggu keputusan makmal,” katanya dalam satu kenyataan.

Jelasnya, Kluster Emperoh Jambu, Kuching terdapat penambahan 14 kes pada Jumaat menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 212 kes.

“Sejumlah 1,000 individu telah disaring, 600 negatif dan 188 masih menunggu keputusan makmal,” tambahnya.

Katanya, Kluster Sungai Bakong, Meradong terdapat penambahan 33 kes menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 182 kes.

“Sejumlah 1,348 individu telah disaring, 766 negatif dan 400 masih menunggu keputusan makmal,” jelasnya.

Ujarnya,  Kluster Pasai, Sibu  terdapat penambahan enam  menjadikan jumlah keseluruhan meningkat kepada 2,673 kes.

“Sejumlah 42,000 individu telah disaring, 39,200 negatif dan 127 masih menunggu keputusan makmal,” katanya.

Semalam, Sarawak merekodkan 250 kes positif baharu Covid-19. Angka ini sama dengan jumlah kes yang direkodkan pada 26 Feb lalu.