KUCHING: Penerimaan penghantaran kedua vaksin Covid-19 telah berjalan seperti dirancang iaitu pada 3 Mac lalu, kata Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS).

“Bagi penghantaran kedua dalam Fasa Pertama ini, sebanyak 31,590 dos telah diterima bagi pemberian vaksinasi dos pertama,” kata JPBNS dalam satu kenyataan semalam.

Jelasnya sehingga  Khamis, jumlah keseluruhan yang telah diberikan suntikan vaksin adalah sebanyak 11,659 sejak program immunisasi bermula pada 26 Februari lalu.

Sementara itu, kata kenyataan JPBNS, pihak PDRM telah mengeluarkan sebanyak 21 kompaun kesemuanya di Sarawak semalam.

Jelasnya,  di daerah Miri (12), Padawan (5), Sibu (2), Kuching (1) dan Bau (1) kerana telah melanggar SOP.

“Manakala Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan Sarawak juga telah mengeluarkan lima kompaun di bawah seliaan SMC,” jelasnya lagi.