
Virus maut Covid-19 terus berjaga dan tidak pernah tidur. Ia terus mencari mangsa setiap detik. Jumlah keseluruhan penularan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia kini mencecah angka 116.64 juta.
Jumlah kematian keseluruhan sudah mencecah 2.60 juta manakala lebih 92 juta telah sembuh.
Data Worldometers setakat pagi Sabtu menunjukkan angka kes positif kini meningkat kepada 116,647,742 dengan Amerika Syarikat kekal negara paling terjejas dengan lebih 29.59 juta kes.
Jumlah kematian di negara itu ialah 535,428 kes sekali gus meletakkannya tertinggi dari segi kes jangkitan dan kematian.
Angka itu diikuti India sebanyak lebih 11.19 juta kes dengan 157, 693 kematian, manakala Brazil lebih 10.87 juta kes dengan lebih 262,000 kematian.
United Kingdom dan Russia pula masing-masing mencatatkan kes melebihi empat juta manakala Perancis, Sepanyol dan Itali melebihi tiga juta.
Turut mencatat angka korban tinggi ialah United Kingdom dan Itali, masing-masing dengan 124,261 dan 99,271 kematian.
Lima buah negara yang merekodkan lebih daripada dua juta jangkitan ialah Turki, Jerman, Colombia, Argentina dan Mexico.
