Friday, August 19, 2022

Varian Nigeria masuk ke negara ini

Secara Rawak

KUALA LUMPUR: Dua kes pertama individu yang dijangkiti varian Nigeria SAR-CoV-2, juga dikenali sebagai B1.525 dikesan di negara ini.

Menurut   Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) kedua-duanya membabitkan warga asing yang tiba dari Dubai, UAE dan didapati positif Covid-19 melalui ujian swab RT-PCR,.

“Institut Penyelidikan Perubatan (IMR) kemudiannya melakukan penjujukan genom penuh mengambilkira sejarah perjalanan mereka.

“Analisis lanjut menunjukkan wujud semua mutasi yang dilaporkan berkait dengan varian tersebut,” kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam hantaran di Facebook.

“Ini termasuk mutasi ‘spike protein’ E484K, Q677H, F888L dan rangkaian ‘protein deletions’ serupa yang dilihat dalam varian UK B.1.1.7.

“Mutasi ‘spike protein’ E484K sangat membimbangkan kerana ia dilaporkan mampu mengelak sistem ketahanan badan,” katanya lagi.

Dr Noor Hisham berkata, varian Nigeria itu pertama kali dikesan di United Kingdom dan Nigeria pada Disember 2020.

Katanya lagi, ia boleh menyebabkan peningkatan dalam kebolehjangkitan serta kemungkinan penurunan tindak balas imuniti.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru