KUCHING: Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan dilaksanakan di Rumah Sewa Anong di Batu 5 dan Rumah Sewa Beverly Hills di Taman Beverly Hills, Bintulu.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata, arahan PKPD ini berkuatkuasa selama 14 hari mulai 5 Mac hingga 18 Mac ini.

“Setelah membuat penilaian risiko kes positif Covid-19 melibatkan kawasan Rumah Sewa Anong di Batu 5 dan Rumah Sewa Beverly Hills, JPBNS memutuskan PKPD bagi kedua-dua kawasan ini.

“Arahan PKPD ini berkuatkuasa mulai jam 12.01 pagi, 5 Mac hingga 11.59 malam, 18 Mac,” katanya ketika sidang media harian Covid-19 di Bangunan Dun Lama di sini, semalam.