Tuesday, August 16, 2022

Paip bocor di Igan dibaik pulih

Secara Rawak

MUKAH: Kerja-kerja baik pulih paip bocor di kawasan Igan, di sini bakal dimulakan hari ini oleh kontraktor yang dilantik Jabatan Bekalan Air Luar Bandar (JBALB) Bahagian Mukah.

Ia susulan JBALB menerima beberapa aduan dan rungutan berkenaan isu gangguan bekalan air daripada penduduk di kawasan berkenaan sejak beberapa hari lalu.

Menurut kenyataan media JBALB, pihaknya telah menjumpai lokasi kebocoran paip semalam, setelah beberapa hari membuat pencarian lokasi kebocoran paip tersebut.

Sehubungan itu, kerja baik pulih akan dilakukan hari ini manakala penghantaran bekalan air akan diagihkan kepada semua penduduk yang terjejas.

Sehubungan itu, JBALB berharap agar penduduk yang terjejas dapat menyediakan takungan air untuk simpanan sementara.

Perkembangan terkini berkenaan kerja-kerja baik pulih kebocoran paip akan dimaklumkan melalui laman Facebook Rasmi JBALB Sarawak.

Ikuti Facebook Kami

Artikel Terbaru